Catatan

Healing and Thriving from Chronic Burnout

Imej
Pada tahun 2014 selepas bersalin anak ketiga, saya sebenarnya tengah burn-out teruk. Muka cengkung. Badan kurus rasa tulang je. Makan pun tak lalu. Tidur tak menentu. Emosi turun naik. Nekad resign kerja farmasi walaupun takde saving dan hutang kereta/rumah dengan bank masih ada.  Redha je apa nak jadi. Rumah kena lelong, kereta hampir kena tarik dengan bank (sempat jual) Paling teruk, bab pengurusan amarah (anger management) memang kelaut dalam. Sampai hal kecil dan remeh pun dah cepat trigger. Kesian kat suami dan anak-anak😭 Masa tu saya sendiri pelik, “Kenapa aku jadi macam ni?” Saya masih menyusukan bayi jadi pilihan rawatan menggunakan ubat saya tangguhkan dulu. Sementara tu saya ambil keputusan nak cuba kaedah aromaterapi dengan essential oil. Bukan sebab ikut trend, tapi ini ikhtiar untuk rasa lebih tenang dan tidur yang lebih lena. Tahun 2015, saya mula guna Young Living essential oils. Mulakan dengan Lemon sebotol je.   Pilih Lemon sebab paling murah dan...

Dari Farmasi ke Formulasi

Imej
Saya seorang ahli farmasi dan saya jatuh cinta dengan dunia formulasi kosmetik. Minat ini bukan bermula sebagai bisnes. Ia bermula dengan satu misi peribadi 👉 saya nak kawal apa yang digunakan pada kulit Saya nak tahu: ❓ Apa bahan yang digunakan ❓ Dari mana sumbernya ❓ Kenapa bahan itu dipilih ❓ Tekstur yang kulit saya selesa Formulasi bagi saya bukan sekadar "campur-campur bahan”. Ia adalah seni + sains + empati terhadap kulit Sebagai ahli farmasi, saya terbiasa dengan data, fungsi bahan dan keselamatan. Sebagai manusia, saya percaya setiap kulit ada ceritanya sendiri. Sebab itu saya suka "craft & create". Ikut keperluan, bukan ikut trend. Asalnya, semua ni untuk kegunaan sendiri je. Trial & error. Ulang buat. Ubah bahan. Uji tekstur sampai saya benar-benar faham apa yang sesuai. Dan hari ini, perjalanan itu berkembang. Saya diberi kepercayaan untuk formulasi produk orang lain pula. Alhamdulillah  Setiap formula adalah amanah. Setiap produk ada visi pe...